Memaparkan catatan dengan label artis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label artis. Papar semua catatan

Selasa, 16 Ogos 2011

Noraniza Idris Dan Jeffri Nikah Lepas Raya

GAMBAR PERKAHWINAN NORANIZA IDRIS DAN JEFFRI
ini kisah kak ani kita pula...
kisah ini adalah mengenai perkahwinan beliau dengan seorang duda anak empat yang bergelar ustaz yang merupakan orang singapore.

 Baiklah, buat yang masih tak tahu, Noraniza Idris dan Jeffri Hudi akan melangsungkan perkahwinan secara besar-besaran pada 29 September 2011 di Johor Bahru.
Majlis perkahwinan mereka dilangsungkan sempena Festival Kahwin-kahwin Masyhur 1 Malaysia yang akan diadakan di tapak letak kereta Plaza Angsana, Johor Bahru. Majlis pernikahan itu akan berlangsung secara terbuka. Apa lagi, jom serbu majlis pernikahan Noraniza Idris tu.

***kita doakan moga perkahwinan kali ke-3 kak ani ini akan kekal hingga akhir hayat hendaknya...amin.

Fida Dan Mamat (Sepah) Mengaku Jalin Hubungan Serius

Setelah beberapa ketika Mamat (Sepah) dan Fida bermain tarik tali apabila diajukan pertanyaan berhubung gosip yang timbul yang mengatakan mereka ada hubungan istimewa atau dalam erti kata lain bercinta, akhirnya mereka mengaku juga yang mereka sememangnya sedang menjalinkan hubungan serius. Malah, sudah menunjukkan bunga-bunga cinta.
GAMBAR PERTUNANGAN FIDA DAN MAMAT SEPAH
Bagai pinang dibelah dua je tengok diorang ni
Menurut Fida, dia mula terpikat dengan Mamat setelah melihat sikap Mamat yang cukup menghormati serta bertanggungjawab terhadap orang tua dan keluarganya sendiri. Kalau kami ditempat Fida dan melihat sikap Mamat macam tu, kami pun terpikat juga tu. Huhu..
“Kami mula rapat dan mengenali hati budi masing setelah sama-sama mengadakan promosi untuk filem Man Sewel Datang KL iaitu sebelum dia menyertai Maharaja Lawak lagi.
“Selain sukakan sikapnya yang suka merendah diri, saya juga terpikat dengan tanggungjawabnya sebagai seorang anak. Contohnya, selepas kumpulannya bergelar juara dalam Maharaja Lawak, dia terus balik ke Johor berjumpa orang tuanya.
“Terus-terang, hubungan kami memang di tahap serius. Bohonglah kalau saya cakap kalau dah berkawan rapat ini saya tak terfikir untuk membawa hubungan ini ke tahap yang lebih serius lagi,”
Sementara itu, Mamat yang sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Nur Syuhada dari kumpalun Butterfly pula memberitahu, sikapnya berubah dan dia menjadi seorang yang lebih penyabar selepas berkawan dengan Fida.

“Terus-terang Fida adalah satu-satunya perempuan yang rapat berkawan dengan saya. Saya banyak kongsi cerita susah dan senang bersamanya walaupun kami berdua saling sibuk dengan tugas masing-masing.
“Saya serius berkawan dengannya dan saya dapati sikap saya mula berubah menjadi baik selepas berkawan dengannya dan saya lebih bersabar dalam apa jua keadaan bila melibatkan dirinya.
“Kalau nak ikutkan saya setiap kali saya menjalinkan hubungan yang serius dengan mana-mana wanita, saya akan bawa dia berjumpa dengan orang tua saya. Tapi, dengan Fida, saya tak sempat pula nak bawa lagi,”
Dalam pada itu, apabila ditanya adakah Fida punca hubungannya dengan Nur Syuhada atau lebih dikenali dengan Ada putus, Mamat Sepah dengan sekerasnya menafikannya.
“Saya tak mahu cerita lagi kisah saya dengan Ada. Cukuplah, kalau saya katakan hubungan kami sudah pun berakhir pada awal penglibatan saya dalam Maharaja Lawak lagi.
“Saya tak mahu mengaibkan sesiapa dan tidak mahu mendedahkan punca hubungan kami retak. Tapi yang pasti ianya bukan berpunca daripada Fida,”
Kepada Fida dan Mamat, kalau betul korang serius dan ingin mendirikan rumah tangga (macam terlebih sudah la pulak, huhu), kami doakan agar hubungan anda berdua berkekalan dan semoga apa yang anda berdua rancangan akan terlaksana serta dipermudahkan olehNYA.

Uniknya Kad Jemputan Kahwin Ashraf Muslim

GAMBAR KAD JEMPUTAN KAHWIN ZED ZAIDI

GAMBAR KAD JEMPUTAN KAHWIN ZED ZAIDI
 kad jemputan kahwin Noh Hujan dan Mizz Nina berbentuk kimono, Norman Hakim dan Memey Suhaiza macam ni,
kad jemputan kahwin Ashraf Muslim pula direka seperti lembaran kitab suci Al-Quran. Sungguh unik sekali.
GAMBAR KAD JEMPUTAN PERKAHWINAN ASHRAF MUSLIM

GAMBAR KAD JEMPUTAN PERKAHWINAN ASHRAF MUSLIM

kreatif betul mereka-mereka nie...sekarang,kita boleh lihat,macam-macam patern kad kahwin berbanding dahulu...

Seperti yang pernah kami maklumkan dulu, Ashraf Muslim akan melangsungkan pernikahan dengan tunangnya, Noor Dayana pada 1 Syawal di tanah suci Mekah. So, marilah sama-sama kita doakan agar apa yang sudah mereka rancangkan akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan...amin

Nabil Raja Lawak Nikah September Ini

NABIL RAJA LAWAK NIKAH BEKAS PRAMUGARI AIR ASIA
Selepas terpalit dengan pelbagai kontroversi dan gosip cinta, akhirnya Nabil (Raja Lawak) telah mengambil keputusan mahu mengakhiri zaman bujang’nya bulan September ini iaitu bulan depan.
Wanita yang bakal menjadi suri hidupnya itu adalah bekas pramugari syarikat penerbangan AirAsia iaitu Nazirah Ayub yang sudah dikenalinya sejak enam tahun lalu, sebelum dia dan Irma Hasmie bergelar kekasih.
Seperti kata Nabil:-

Saya tidak mahu menunggu lama lagi. Bukan terburu-buru, tetapi saya tidak mahu pisang berbuah dua kali selepas percintaan dengan Irma Hasmie selama dua tahun dulu kecundang di tengah jalan.
marilah kita sama-sama berdoa semoga perkahwinan nabil dan pasangan akan kekal hingga akhir hayat dan dikurniaankan anak-anak yang soleh dan solehah....amin.