Selasa, 16 Ogos 2011

Noraniza Idris Dan Jeffri Nikah Lepas Raya

GAMBAR PERKAHWINAN NORANIZA IDRIS DAN JEFFRI
ini kisah kak ani kita pula...
kisah ini adalah mengenai perkahwinan beliau dengan seorang duda anak empat yang bergelar ustaz yang merupakan orang singapore.

 Baiklah, buat yang masih tak tahu, Noraniza Idris dan Jeffri Hudi akan melangsungkan perkahwinan secara besar-besaran pada 29 September 2011 di Johor Bahru.
Majlis perkahwinan mereka dilangsungkan sempena Festival Kahwin-kahwin Masyhur 1 Malaysia yang akan diadakan di tapak letak kereta Plaza Angsana, Johor Bahru. Majlis pernikahan itu akan berlangsung secara terbuka. Apa lagi, jom serbu majlis pernikahan Noraniza Idris tu.

***kita doakan moga perkahwinan kali ke-3 kak ani ini akan kekal hingga akhir hayat hendaknya...amin.

Fida Dan Mamat (Sepah) Mengaku Jalin Hubungan Serius

Setelah beberapa ketika Mamat (Sepah) dan Fida bermain tarik tali apabila diajukan pertanyaan berhubung gosip yang timbul yang mengatakan mereka ada hubungan istimewa atau dalam erti kata lain bercinta, akhirnya mereka mengaku juga yang mereka sememangnya sedang menjalinkan hubungan serius. Malah, sudah menunjukkan bunga-bunga cinta.
GAMBAR PERTUNANGAN FIDA DAN MAMAT SEPAH
Bagai pinang dibelah dua je tengok diorang ni
Menurut Fida, dia mula terpikat dengan Mamat setelah melihat sikap Mamat yang cukup menghormati serta bertanggungjawab terhadap orang tua dan keluarganya sendiri. Kalau kami ditempat Fida dan melihat sikap Mamat macam tu, kami pun terpikat juga tu. Huhu..
“Kami mula rapat dan mengenali hati budi masing setelah sama-sama mengadakan promosi untuk filem Man Sewel Datang KL iaitu sebelum dia menyertai Maharaja Lawak lagi.
“Selain sukakan sikapnya yang suka merendah diri, saya juga terpikat dengan tanggungjawabnya sebagai seorang anak. Contohnya, selepas kumpulannya bergelar juara dalam Maharaja Lawak, dia terus balik ke Johor berjumpa orang tuanya.
“Terus-terang, hubungan kami memang di tahap serius. Bohonglah kalau saya cakap kalau dah berkawan rapat ini saya tak terfikir untuk membawa hubungan ini ke tahap yang lebih serius lagi,”
Sementara itu, Mamat yang sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Nur Syuhada dari kumpalun Butterfly pula memberitahu, sikapnya berubah dan dia menjadi seorang yang lebih penyabar selepas berkawan dengan Fida.

“Terus-terang Fida adalah satu-satunya perempuan yang rapat berkawan dengan saya. Saya banyak kongsi cerita susah dan senang bersamanya walaupun kami berdua saling sibuk dengan tugas masing-masing.
“Saya serius berkawan dengannya dan saya dapati sikap saya mula berubah menjadi baik selepas berkawan dengannya dan saya lebih bersabar dalam apa jua keadaan bila melibatkan dirinya.
“Kalau nak ikutkan saya setiap kali saya menjalinkan hubungan yang serius dengan mana-mana wanita, saya akan bawa dia berjumpa dengan orang tua saya. Tapi, dengan Fida, saya tak sempat pula nak bawa lagi,”
Dalam pada itu, apabila ditanya adakah Fida punca hubungannya dengan Nur Syuhada atau lebih dikenali dengan Ada putus, Mamat Sepah dengan sekerasnya menafikannya.
“Saya tak mahu cerita lagi kisah saya dengan Ada. Cukuplah, kalau saya katakan hubungan kami sudah pun berakhir pada awal penglibatan saya dalam Maharaja Lawak lagi.
“Saya tak mahu mengaibkan sesiapa dan tidak mahu mendedahkan punca hubungan kami retak. Tapi yang pasti ianya bukan berpunca daripada Fida,”
Kepada Fida dan Mamat, kalau betul korang serius dan ingin mendirikan rumah tangga (macam terlebih sudah la pulak, huhu), kami doakan agar hubungan anda berdua berkekalan dan semoga apa yang anda berdua rancangan akan terlaksana serta dipermudahkan olehNYA.

Uniknya Kad Jemputan Kahwin Ashraf Muslim

GAMBAR KAD JEMPUTAN KAHWIN ZED ZAIDI

GAMBAR KAD JEMPUTAN KAHWIN ZED ZAIDI
 kad jemputan kahwin Noh Hujan dan Mizz Nina berbentuk kimono, Norman Hakim dan Memey Suhaiza macam ni,
kad jemputan kahwin Ashraf Muslim pula direka seperti lembaran kitab suci Al-Quran. Sungguh unik sekali.
GAMBAR KAD JEMPUTAN PERKAHWINAN ASHRAF MUSLIM

GAMBAR KAD JEMPUTAN PERKAHWINAN ASHRAF MUSLIM

kreatif betul mereka-mereka nie...sekarang,kita boleh lihat,macam-macam patern kad kahwin berbanding dahulu...

Seperti yang pernah kami maklumkan dulu, Ashraf Muslim akan melangsungkan pernikahan dengan tunangnya, Noor Dayana pada 1 Syawal di tanah suci Mekah. So, marilah sama-sama kita doakan agar apa yang sudah mereka rancangkan akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan...amin

Nabil Raja Lawak Nikah September Ini

NABIL RAJA LAWAK NIKAH BEKAS PRAMUGARI AIR ASIA
Selepas terpalit dengan pelbagai kontroversi dan gosip cinta, akhirnya Nabil (Raja Lawak) telah mengambil keputusan mahu mengakhiri zaman bujang’nya bulan September ini iaitu bulan depan.
Wanita yang bakal menjadi suri hidupnya itu adalah bekas pramugari syarikat penerbangan AirAsia iaitu Nazirah Ayub yang sudah dikenalinya sejak enam tahun lalu, sebelum dia dan Irma Hasmie bergelar kekasih.
Seperti kata Nabil:-

Saya tidak mahu menunggu lama lagi. Bukan terburu-buru, tetapi saya tidak mahu pisang berbuah dua kali selepas percintaan dengan Irma Hasmie selama dua tahun dulu kecundang di tengah jalan.
marilah kita sama-sama berdoa semoga perkahwinan nabil dan pasangan akan kekal hingga akhir hayat dan dikurniaankan anak-anak yang soleh dan solehah....amin.

Shahir AF8 Akan Berhenti Menyanyi, Dakwa Dirinya Dianiaya

GAMBAR SHAHIR AF8 BERHENTI MENYANYI KERANA DIANIAYA
Lebih kurang setahun berlalu, nampaknya perjalanan karier juara Akademi Fantasia musim ke-8 iaitu Shahir dilihat agak kurang memberangsangkan. Senang cakap, hanya laku sekejap. Terbaru, Shahir dikatakan sudah mengambil keputusan untuk berhenti daripada industri seni dalam waktu terdekat ini.
Menurut sumber yang juga rakan terdekat Shahir, dia nekad untuk berhenti kerana tidak tahan terhadap penganiayaan dan penindasan pihak tertentu. Walau bagaimanapun, kami tidak pasti apakah bentuk penganiyaan dan penindasan yang dimaksudkan kerana ianya tidak dinyatakan secara terperinci.
Berikut kenyataan daripada rakan terdekat Shahir itu:-

Shahir tidak akan menyanyi lagi dan meninggalkan terus karier seni ini kerana berasa dirinya telah dianiaya.
Saya kasihan dengan nasib yang menimpa Shahir kerana dia masih baru dalam industri seni tetapi sudah mengalami insiden seperti ini.
Apabila sudah berhenti, dia mungkin akan mengikut jejak langkah pemuzik Sham (Kamikaze) yang terlibat dengan majlis-majlis berkaitan keagamaan.
Setakat ini, dia sudah memaklumkan perkara tersebut kepada pihak Astro Entertainment Sdn Bhd dan peminat Shahir Fan Club (FC).
Dia mungkin akan membuat sidang media kelak untuk menjelaskan dengan lebih lanjut tentang isu ini.
Kami jamin, pasti ramai peminat Shahir yang sedih dengan berita ini. Tapi kalau ini adalah yang terbaik buat Shahir, korang redhakan je la. Siapa tahu ada yang lebih baik daripada kariernya sebagai seorang penyanyi sekarang ni sedang menunggu. Lagipun, Shahir tak ler famous mana untuk terus menyanyi. Huhu..

info diperoleh dari sini......./////

MENTEGA BERJENAMA "'Pure Creamery Butter-Golden Churn' Tak Halal

dalam kita sedang menyambut ramadhan sekarang,timbul pula isu mentega yang tidak halal digunakan dalam pembuatan kek/ biskut.jadi,kepada mereka-mereka yang ambil tempahan membuat biskut/kek,korang kenalah perihatin mengenai hal ini...

Majlis Islam Sarawak telah mengeluarkan satu notis yang menyatakan bahawa mentega jenama GOLDEN CHURN CREAMERY BUTTER mengandungi DNA babi dan mengarahkan penggunaannya dihentikan serta merta.
Anda boleh rujuk notis tersebut kat bawah ni.
MENTEGA JENAMA GOLDEN CHURN CREAMERY BUTTER TIDAK HALAL MENGANDUNGI DNA BABI
Dari hasil carian, ini gambar GOLDEN CHURN CREAMERY BUTTER tersebut:

MENTEGA JENAMA GOLDEN CHURN CREAMERY BUTTER TIDAK HALAL MENGANDUNGI DNA BABI
MENTEGA JENAMA GOLDEN CHURN CREAMERY BUTTER TIDAK HALAL MENGANDUNGI DNA BABI
ZON BEBAS: Tak pernah pula kami tengok mentega ni. Dari info yang kami perolehi menerusi carian Google, mentega ni adalah produk keluaran Australia. Di Sarawak, mentega ni dikatakan popular dalam pembuatan kek