Bagi ibu-ibu yang melahirkan anak secara pembedahan, proses memulihkan tubuh sememangnya lebih cerewet. Ini kerana mereka perlu merawat luka pembedahan itu selain dari memulihkan tenaga. Disarankan agar semua masakan bagi mereka yang bersalin cara pembedahan tidak ditumis. Ini kerana minyak tidak membantu proses penyembuhan dalaman. Masakan yang bercili juga t...idak digalakkan pengambilannya. Seeloknya setiap hidangan dimakan bersama nasi putih sebaik sahaja siap dimasak. Tujuannya bagi memastikan khasiat dan kesegarannya terjaga. Elakkan daripada memakan nasi sejuk (nasi yang dimasak semalam) kerana dikhuatiri boleh membuatkan perut kembung.
Resepi PERIA MASAK ASAM
Bahan-Bahan:
200 ml air
5 ulas bawang kecil – dihiris
2 biji peria katak – dipotong nipis
2 sudu besar ikan bilis – dibersihkan
½ sudu teh serbuk lada hitam
½ sudu makan air asam jawa
Garam secukup rasa
Cara Penyediaan:
a) Masak kesemua bahan sehingga pekat.
b) Kacau rata dan kecilkan api. Tunggu sehingga naik bau. Angkat dan hidangkan.
NOTA: Pengambilan peria dapat membantu ibu dalam pantang yang mengalami kesukaran membuang air besar, disamping menambah susu ibu. Ia juga membantu membersih dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh jika diamalkan.Lihat seterusnya..
wah..tak pernah cuba..^^
BalasPadam