hari nie saya nak kongsi ape yang telah saya baca dari satu laman web yang sentiasa menjadi bahan rujukan saya.apa yang nak saya kongsikan 1 petua atau doa yang sangat-sangat baik untuk diamalkan. Doa ini ialah supaya pasangan anda (suami atau isteri)atau anak-anak anda menjadi seorang yang taat kepada Allah.
Kalau suami @ isteri @ anak anda keras kepala ker, ego tinggi ker, malas (atau tak mahu) solat 5 ker, maka saya sangat-sangat menyarankan kepada anda untuk amalkan membaca ayat di bawah ini sebagai doa dengan istiqamah (secara berterusan).
Maksudnya:
“Hendaklah kamu (wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu) sentiasa rujuk kembali kepada Allah (dengan mengerjakan amal-amal bakti) serta bertakwalah kamu kepadaNya; dan kerjakanlah sembahyang dengan betul sempurna dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik.” (Surah Ar Rum:Ayat 31)Cara mengamalkannya ialah :
- Baca lah ayat ini (sebagai doa) sebanyak 33 x setiap kali selepas solat dan mohonlah hajat anda kepada Allah Ta’ala.
- Boleh juga dibacakan ayat ini dan ditiupkan ke dalam air minuman. Kemudian, air tersebut diberi minum kepada pasangan (suami/isteri) atau anak anda.
InsyaAllah, yakinlah, dengan kemuliaan dan keberkatan ayat al-Quran yang anda amalkan sebagai doa ini, pasti mustajab dan meninggalkan kesan positif.