Khamis, 7 Julai 2011

Doa agar isteri, suami atau anak menjadi taat kepada Allah

assalamualaikum semua...
hari nie saya nak kongsi ape yang telah saya baca dari satu laman web yang sentiasa menjadi bahan rujukan saya.apa yang nak saya kongsikan 1 petua atau doa yang sangat-sangat baik untuk diamalkan. Doa ini ialah supaya pasangan anda (suami atau isteri)atau anak-anak anda menjadi seorang yang taat kepada Allah.

Kalau suami @ isteri @ anak anda keras kepala ker, ego tinggi ker, malas (atau tak mahu) solat 5 ker, maka saya sangat-sangat menyarankan kepada anda untuk amalkan membaca ayat di bawah ini sebagai doa dengan istiqamah (secara berterusan).


Maksudnya:
“Hendaklah kamu (wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu) sentiasa rujuk kembali kepada Allah (dengan mengerjakan amal-amal bakti) serta bertakwalah kamu kepadaNya; dan kerjakanlah sembahyang dengan betul sempurna dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik.” (Surah Ar Rum:Ayat 31)
Cara mengamalkannya ialah :
  1. Baca lah ayat ini (sebagai doa) sebanyak 33 x setiap kali selepas solat dan mohonlah hajat anda kepada Allah Ta’ala.
  2. Boleh juga dibacakan ayat ini dan ditiupkan ke dalam air minuman. Kemudian, air tersebut diberi minum kepada pasangan (suami/isteri) atau anak anda.

InsyaAllah, yakinlah, dengan kemuliaan dan keberkatan ayat al-Quran yang anda amalkan sebagai doa ini, pasti mustajab dan meninggalkan kesan positif.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan