Selasa, 16 Ogos 2011

Shahir AF8 Akan Berhenti Menyanyi, Dakwa Dirinya Dianiaya

GAMBAR SHAHIR AF8 BERHENTI MENYANYI KERANA DIANIAYA
Lebih kurang setahun berlalu, nampaknya perjalanan karier juara Akademi Fantasia musim ke-8 iaitu Shahir dilihat agak kurang memberangsangkan. Senang cakap, hanya laku sekejap. Terbaru, Shahir dikatakan sudah mengambil keputusan untuk berhenti daripada industri seni dalam waktu terdekat ini.
Menurut sumber yang juga rakan terdekat Shahir, dia nekad untuk berhenti kerana tidak tahan terhadap penganiayaan dan penindasan pihak tertentu. Walau bagaimanapun, kami tidak pasti apakah bentuk penganiyaan dan penindasan yang dimaksudkan kerana ianya tidak dinyatakan secara terperinci.
Berikut kenyataan daripada rakan terdekat Shahir itu:-

Shahir tidak akan menyanyi lagi dan meninggalkan terus karier seni ini kerana berasa dirinya telah dianiaya.
Saya kasihan dengan nasib yang menimpa Shahir kerana dia masih baru dalam industri seni tetapi sudah mengalami insiden seperti ini.
Apabila sudah berhenti, dia mungkin akan mengikut jejak langkah pemuzik Sham (Kamikaze) yang terlibat dengan majlis-majlis berkaitan keagamaan.
Setakat ini, dia sudah memaklumkan perkara tersebut kepada pihak Astro Entertainment Sdn Bhd dan peminat Shahir Fan Club (FC).
Dia mungkin akan membuat sidang media kelak untuk menjelaskan dengan lebih lanjut tentang isu ini.
Kami jamin, pasti ramai peminat Shahir yang sedih dengan berita ini. Tapi kalau ini adalah yang terbaik buat Shahir, korang redhakan je la. Siapa tahu ada yang lebih baik daripada kariernya sebagai seorang penyanyi sekarang ni sedang menunggu. Lagipun, Shahir tak ler famous mana untuk terus menyanyi. Huhu..

info diperoleh dari sini......./////

Tiada ulasan:

Catat Ulasan