Jumaat, 19 Ogos 2011

RESEPI-OREO CUPCAKE


Assalamualaikum...apa khabar semua,harap-harap semua berada dalam keadaan sihat....macam mana dengan ibadah puasa korang?ok ke tak ok...harap-harap,semuanya berjalan dengan baik dan semua dapat menempuh bulan ramadhan ini dengan gembira...ok,kali nie za nak berkongsi juadah berbuka puasa za dan anak-anak pada 17.08.2011(rabu)...salah satu juadahnya adalah,oreo cupcake...sape pernah buat cupcake nie,angkat tangan?????mesti ramai dah mencuba kan?so,hasil korang macam mana?menjadi atau tidak?pada yang menjadi,tahniah diucapkan...kepada yang tak menjadi plak,,,,jangan putus asa...cuba lagi lain kali...jangan bosan untuk belajar...alhamdulillah,penghasilan mini cupcakes yang za buat menjadi..tapi,za buat xskali ngan buttercream dia.,..ye lah,buat lepas balik kejer...mana dan nak buat hiasan semua..mana nak masak lauk-lauk lagi...tp.kira oklah..cupcakenya menjadi...ha,macam kat atas tu..bekas dia,za guna yang kecik je...xdan nak singgah-singgah kedai,za pakai yang balance buat confleks honey hari tu...masa tengah buat mini cupcake nie,hursband tepon tanya masak ape
tengok lah ape yang kami bualkan:

kring...kring..kring..

za: assalamualaiakum...
hubby: walaikummussalam...umi(nama panggilan manja)

za:awat (kasar tu bahasa...tapi,bagi kitaorang,biasa je sebb memang ayat biasa guna)
hubby:anak buat ape?

za: dape biasalah,main..arif main basikal,aisyah lak makan roti
hubby:oooo...masak ape hari nie?

za:buat mini cupcake oreo ngan lauk ayam goreng seri wangi
hubby:amboi..time abang ada xnak lak buat ...

za:ala,menu baru dapatlah.umi baru ambik kat internet..
hubby:yelah tu...

za:nanti abang balik,umi buat ye?
hubby:yelah tu...

za:k lah,umi nak masak nie..kang lambat kang...
hubby: kk lah...bye...
za:bye...

pup...pup...pup...

ha,...settle tentang perbualan.kita berbali kepada menu asala semua...ok,kat bawah nie,za publishkan gambar asal cupcake oreo tu berserta buttercream kat atasnya..sebelum terlupa,za nak ucapkan terima kasih kepada mat gebu,atas resepi yang diberi...kat blog mat gebu nie,macam-macam resepi ada....dekat blog dia lah za rujuk kalau nak masak ape2 yang za nak...

PICTURE ASAL DI SINI:


MENU:CUPCAKE OREO
Sumber:DAPUR TANPA SEMPADAN(MAT GEBU)
bahan-bahan
  • 125 gm mentega
  • 1/2 cawan gula perang @ soft  brown sugar
  • 1 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)*
  • 1/2 camca teh baking powder* (*digaul rata dan di ayak)
  • 2 biji telur gred A
  • 1/2 camca teh esen vanilla
  • 5 keping biskut oreo,kisat halus bersama krim dia sekali
  • buah strawberry segar untuk hiasan
  • gula manik halus,untuk hiasan
BAHAN BUTTERCREAM :-)
125 gram mentega
70 gram krimwell
80 gram gula ising, ayak
1/2 camca teh esen vanilla
2 camca besar susu pekat manis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, sedia kan cup untuk cupcake, ketepikan. Dalam mangkuk pemutar, satukan mentega, gula perang, telur, tepung dan esen vanilla. Putar hingga rata dan sebati pada kelajuan perlahan. Kemudian putar pada kelajuan tinggi selama 2 minit. Masukkan oreo yang telah dikisar tadi, putar sebati. Jangan terlebih putar yea.
  2. Isi 1/2 (jika anda ingin sapu buttercream) atau 3/4 penuh dalam setiap cup (jika nak gebu macam mat punya tuu). Buat hingga siap. Bakar selama 10 - 15 minit bergantung pada oven masing2 (mat bakar 15 minit). Sejukkan atas jaringan sebelum dihias dengan buttercream, manik gula dan strawberry tadi.
  3. UNTUK BUTTERCREAM :- Putar semua bahan2 buttercream dengan kelajuan perlahan hingga sebati. Letak pula pada kelajuan sederhana dan putar hingga pekat. Isi dalam piping beg yang diisi nozel bentuk bintang, tabur gula manik dan hias atasnya dengan strawberry...
                                      SELAMAT MENCUBA!!!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan